Adi Putra Fail Permohonan Cerai

On May 17, 2012, in Cerita, by admin

Mr.R terbaca kenyataan Adi Putra, dia mengakui telah memfailkan permohonan cerai dengan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Menurut Adi Putra, keputusan itu telah dibincangkan dengan isterinya, Aida Yusof. Mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Adi juga menafikan perceraian disebabkan oleh orang ketiga atau isu anak, sebaliknya ianya berpunca dari masalah dalaman suami isteri.

Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini Berdamai

On May 17, 2012, in Cerita, by admin

Hari ini Mr.R sempat membaca kenyataan Aidil Zafuan di Harian Metro, yang menarik permohonan cerai dengan isterinya, Rita Rudaini. Kata Aidil, dia masih sayangkan Rita, dan ingin kembali bersama dengan Rita dan anak-anak. Kata Aidil, dia berharap hubungannya dengan isteri kembali pulih. Mr.R harap hubungan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini kembali pulih.

Akim Cemburukan Stacy?

On May 17, 2012, in Gossip, by admin

Korang tentu pernah dengar cerita tentang Stacy dan Morgan Smash. Sama ada cerita itu benar atau tidak, Mr.R tak nak komen lebih-lebih. Tetapi, kini timbul pula gossip yang mengatakan Akim mencemburi Stacy. Baru-baru ini, Akim menjelaskan, dia tidak mencemburui Stacy. Dia juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Stacy sekadar kawan, namun mengakui Stacy adalah antara kawan rapatnya. Akim juga mengakui, dia masih single.

Pada 27 Mac 2012, pihak mahkamah Majistret Petaling Jaya mengesahkan Saiful Apek positif dadah jenis Kanabis, bersama-sama dengan 3 rakannya. Namun Saiful Apek mengaku tidak bersalah dan mengambil tindakan untuk membela diri. Kata Saiful Apek, dia mahu keputusan ujian air kencing itu disahkan kesahihannya dan tiada unsur penganiayaan. Mereka akan dihadapkan sekali lagi di Mahkamah pada 22 dan 23 mei. Jika didapati bersalah, hukuman maksimum 2 tahun penjara atau denda RM5000 bakal menanti.

Ada kah patut, Zahida Rafik dan Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan mempunyai hubungan. Zahida Rafik menafikan dia mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Shafie Apdal, dan dia bakal mengambil tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Datuk Seri Shafie Apdal, beliau menafikan mempunyai hubungan dengan pelakon Zahida Rafik. Gossip ini timbul apabila satu laporan polis oleh bekas pemandu Zahida Rafik didedahkan oleh Ketua Wanita PKR, yang mendedahkan Zahida Rafik menerima bayaran RM1.5 juta dari Datuk Seri Shafie Apdal. So, kita tunggu siapa yang bakal disaman. Mr.R tak nak komen lebih-lebih. Jika korang tanya Mr.R, Mr.R tak percaya cerita ini.

 

Fouziah Gous Belum Rancang Bertunang dan Nikah

On April 26, 2012, in Gossip, by admin

Gossip terbaru yang menerjah gegendang telinga Mr.R ialah Fouziah Gous bakal bertunang bulan Jun dan bernikah Januari tahu hadapan. Gossip ini pernah disiarkan oleh Harian Metro. Namun Fouziah Gous menafikan gossip ini. Kata Fouziah Gous, dia terkejut dengan gossip ini, dan mengatakan cerita ini tidak benar. Oh, begitu rupanya.

Gambar: Kredit kepada Murai

Wawa Zainal Diburu Golongan VIP

On April 25, 2012, in Cerita, Pelakon, by admin

Kali ini Mr.R nak cerita sedikit tentang seorang pelakon baru, kelahiran Sabah. Pelakon tersebut ialah Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20. Dengar cerita, Wawa Zainal diburu oleh golongan VIP. Wawa Zainal sendiri mengakui ada golongan VIP cuba menghubunginya dan ingin mengajak keluar, namun tidak melayan mereka kerana tidak mahu masalah timbul dan ingin memberi tumpuan kepada dunia lakonan.

Gambar: Kredit kepada murai

Agak lama juga Mr.R tak bergossip. Bukan berhenti, sekadar berehat. Gossip terbaru yang Mr.R dengar ialah Fida kembali berkawan dengan Mamat Sepah selepas dipertemukan dalam satu program. Sama ada mereka berkawan atau bercinta, itu terpulang kepada mereka, kita tunggu dan lihat. Mr.R ada juga terdengar tentang hubungan Fida dengan seorang ahli perniagaan, tapi Mr.R tak berani komen lebih-lebih. Kita tunggu jeh lah.

Gambar: Kredit tu Murai

Nabila Huda Bercinta Dengan Johan Arrif?

On February 13, 2012, in Gossip, by

Nabil Huda bercinta dengan Johan Arrif? Biar betul. Walaupun Mr.R sibuk sejak kebelakangan ini, namun ini adalah antara gossip yang menerjah lubang telinga Mr.R. Namun, Nabila menafikannya. Kata Nabila, kisah ini tercetus kerana dia dan Johan akrab di lokasi penggambaran Drama Pelangi Kasih. Keakraban mereka berdua terjalin apabila dia cuba membantu Johan menjayakan lakonan. Biasalah tu, Johan kan seorang yang pemalu, terutama apabila digandingkan dengan pelakon yang lebih senior. Setakat ini, itu sahaja yang Mr.R tahu. Kita tunggu dan lihat, apa yang bakal terjadi.

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

On February 11, 2012, in Filem, by

Hari ini Mr.R akan Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap. Sebenarnya Mr.R telah menonton Filem Hantu Dalam Botol Kicap 2 hari yang lalu, namun baru hari ini Mr.R berkesempatan untuk Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap. Filem Hantu Dalam Botol Kicap merupakan filem terbitan Metrowealth Movies Productions Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Azhari Mohd Zain. Barisan pelakon yang menjayakan filem hantu dalam botol kicap ialah Angah Raja Lawak (Hantu Botol Kicap), Mon Ryanti (Rina), Zalif Sidek (Epul), Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre (Azri), Maimon Mutalib (Nenek Temah), Wawa Zainal (Puteri), Ruzaidi Abdul Rahman (Hussin), Zila Bakarin (Aminah) dan ramai lagi.

Jom layan Review Filem Hantu Dalam Botol dari Mr.R:-
1. Filem ini adalah sebuah filem komedi seram yang agak santai dan boleh dilayan oleh seisi keluarga. Jalan cerita juga mudah difahami.
2. Filem ini mengandungi banyak hantu. Namun keseramannya suam suam kuku. Mungkin kerana aksi hantu dan perlakuannya yang tidak menyeramkan. Contohnya, secara reality, hantu tak menari dan hantu tak makan orang yang dimasak.Sikap hantu sebegini, agak melucukan. Tetapi ada juga babak babak tertentu yang menimbulkan keseraman.
3. Komedi juga agak suam suam kuku. Namun saya tidak menafikan ada babak babak tertentu yang berjaya menghasilkan komedi. Mr.R memuji lakonan Zalif Sidek yang melakonkan watak Epul. Setiap babak yang dijayakan oleh Zalif Sidek, berjaya menghasilkan komedi yang tersendiri.
4. Mr.R memuji lakonan Maimon Mutalib. Dia berjaya membawa watak Nenek Temah. Wataknya yang garang amat mencuit hati penonton. Lakonan Angah Raja Lawak? biasa-biasa saja, tiada yang istimewa sangat walaupun dia melakonkan watak hantu botol kicap.
5. Mr.R tidak menafikan, filem ini tetap ada kelemahannya. Contohnya, babak terakhir, sewaktu Nenek Temah pengsan selepas selesai memasukkan hantu ke dalam botol, ada sesetengah botol tidak ditutup. Sepatutnya perkara-perkara sebegini harus diperbagai, agar ianya menjadi filem yang berkualiti.
6. Secara keseluruhan, filem ini mampu menghiburkan penonton. Tanpa berfikir panjang, Mr.R beri 3.5 bintang untuk Filem Hantu Dalam Botol Kicap.