Seperti biasa, blog artis malaysia terkini akan membuat review terhadap filem yang telah ditonton. Hari ini, iaitu 5 mei 2011, Mr.R berkesempatan untuk menonton Filem Momok Jangan Panggil Aku. Mr.R menonton kat Grawball Cinemax, Center Point, Kota Kinabalu.

Filem Momok Jangan Panggil Aku merupakan filem arahan M.Jamil. Syarikat penerbit filem ini ialah Galaksi Seni Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat ialah M.Jamil, Ariff S.Shamsuddin, Cassandra Patrick, Mariani, Zarina Zainuddin, Yassin Salleh, Amin Khan, Ery Zukhairi dan Syed Abdullah (UncleSeekers).

 

Sinopsis Filem Momok Jangan Panggil Aku:- Ramlee (M.Jamil) mendapat panggilan telefon dari sahabat karibnya, Aziz. Aziz menjemputnya datang ke majlis kenduri di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Walaupun berat hati untuk pergi, Ramlee tetap pergi ke kampung rakannya.

Ramlee memulakan perjalanan bersama dua orang sahabat iaitu Qaseh (Cassandra Patrick) dan Sudin (Ariff S.Samsuddin). Semasa dalam perjalanan, mereka bercerita tentang kisah seram. Mereka akan bercerita tentang hantu raya, hantu polong, hantu saka. Sewaktu dalam perjalanan, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan. Abang Long (Uncleseekers), muncul di dalam perjalanan mereka.

 

Mereka tiba di simpang kampung Pulau Rusa pada waktu subuh. Pada waktu itu mereka telah diganggu oleh hantu sehingga menyebabkan Ramlee dan Sudin pengsan. Mereka tersedar pada awal pagi. Ramlee terlihat Aziz menunjukkan arah rumahnya. Apabila mereka tiba di rumah Aziz, satu lagi kejutan bakal berlaku. Rupanya Aziz telah meninggal dunia.

 

Review Filem Momok Jangan Panggil Aku:- Apabila menonton filem ini, secara automatik Mr.R teringat Filem Sini Ada Hantu. Cerita di dalam cerita. Terus terang Mr.R katakan, perasaan seram tidak Mr.R rasai. Seram sikit-sikit adalah. Mungkin kerana komedi dalam filem ini menenggelamkan kisah seram. Proses suntingan adalah baik. Boleh ditonton seisi keluarga. Mr.R beri 3.5 bintang dari 5 bintang.

8 Responses to “Review Filem Momok Jangan Panggil Aku”

  1. Lizz says:

    hehehehe.Momok ni tak seram pun kan???more to lawak.

  2. Hans says:

    malas nak tengok sebab ada uncle seekers
    hahahahaha

  3. 1momok says:

    MOMOK JPA memang best! bawa kawan+kawan & budak+budak memang best

  4. amry says:

    macam citer sini ada hantu jer pon..adehhhh

  5. markom says:

    Menghiburkan..boleh layan..best..Uncleseekers dengan M.jamil dan arif s.samsudin best mantappp..cassandra sempoi!

  6. Mizz G says:

    Rasa tertipu, expect filem horror yg ada kelainan tapinya cuma standard tele movie…tidak ada keistimewaan apa apa……

  7. andimazlan says:

    Jahanam industri filem Malaysia pasal filem macam ni lah!
    C’mon guys… sayang 10 ringgit..

Leave a Reply